Monday, August 13, 2012

Hari ini

Bismillahhirrahmanirrahim..
Kupanjatkan syukur ke hadrat Illahi..Dengan nikmat hayat ini, aku masih lg memperbaiki ape jua kelemahan yang ada pada diri,lebih baik menjadi daripada kita mencari..jadi yang terbaik terlebih dahulu barulah disusuli dgn tawakal pada Allah..Alhamdulillah,sudah berakhir ujian pertengahan semester pertama, tawakal dan doa selalu mengiringi diri ini..setelah itu, aku diberi cuti selama dua minggu bersempena Hari Raya Puasa yang bakal menjelma..
Seminggu menjalani ibadah puasa di rumah..insyaALLAH,inilah masanya aku hadapkan diriku sepenuhnya pada Illahi,pemilik seluruh alam..jika sebelum ini aku sibuk dengan mengulang kaji pelajaran,kali ni pula aku mesti sibukkan diri dgn kekasih tercinta..pembahagian masa itu penting, perlu ada waktu belajar dan yang paling penting perlu ada masa kita untuk bermuhajadah dengan Yang Maha Agung Allah SWT..
Itulah yang menjadi nadi kekuatan iman kita..kita seolah-olah diberi pilihan,mahu iman umpama simpulan reben atau simpulan tali yang diikat mati..Dalam konteks ini, kita perlu kuat,jangan sesekali mudah untuk terjebak dgn aktiviti2 yang tidak berfaedah..gunakan masa yang ada dgn sebaiknya..

Saturday, January 14, 2012

Buka Lembaran Baru

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim


Alhamdulillah,memulakan kalam ini dengan nama agungNya..masih segar diri ini untuk mengucapkan kata-kata syukur..Moga Allah membimbing setiap patah yang bakal ditekan pada papan kekunci ini..
Blog ini sudah lama ditinggalkan oleh sebab tahun lepas adalah tahun peperiksaan yang amat penting dalam hidup saya..
Ape2 pun,berbalik pada tajuk utama iaitu Buka Lembaran Baru..
itulah yang diharapkan apabila usia ini sudah bergelar remaja berumur 18 tahun..
Moga dengan izin Allah,hamba yg kerdil ini boleh memperbaiki diri dalam apa segala ujian yang bakal menghadap..InsyaAllah, perteguhkan azam dan niat kita untuk menjadi yang lebih baik daripada hari semalam..






"Masuknya kita ke syurga bukan kerana banyaknya amalan kita. Tetapi kerana Rahmat Allah semata-mata"..